Hebahan

Assalamualaikum dan Salam mesra,


1. Untuk makluman pihak sekolah, semua urusan pembayaran perkhidmatan internet dalam tempoh interim bagi tahun 2015 akan diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak. 

2. Bagi memastikan proses pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu, pihak sekolah dibenarkan untuk meneruskan langganan talian internet secara interim dengan ISP sedia ada atau memilih ISP baharu.


3. Bagi sekolah yang ingin melanggan perkhidmatan internet dengan ISP baharu sila kemukakan dokumen berikut : 

3.1 Satu salinan borang permohonan langganan 

3.2 Sebut harga perkhidmatan 

3.3 Terma dan syarat daripada ISP 


4. Dokumen di atas hendaklah sampai kepada Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak sebelum 15 Januari 2014. Langganan perkhidmatan internet interim dengan ISP sedia ada akan dilanjutkan sekiranya tiada sebarang maklum balas bertulis daripada pihak tuan yang diterima pada tarikh tersebut.
5. Berikut adalah surat siaran dari Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan pelanjutan tempoh interim untuk tindakan tuan.

6. Klik pautan berikut untuk capaian ke hebahan di portal JPN Perak :

No comments:

Post a Comment