Thursday 1 January 2015

Ucapan Ketua PKG Malaysia

Assalamualaikum wbt. dan salam 1Malaysia.

Kepada  warga PKG seluruh Malaysia, saya merakamkan terima kasih, Jazakullaha Kathira, atas segala kerjasama dan komitmen diberikan kepada saya dan saf kepemimpinan Exco PKG seMalaysia sepanjang 2014 dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita bagi merealisasikan segala hasrat dan aspirasi Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri-negeri serta Kementerian Pendidikan Malaysia. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya. Segala pandangan, teguran dan saranan amat kami hargai dalam usaha menambah-baik perkhidmatan ke arah kecemerlangan yang kita cita-citakan.


Sepanjang tempoh 2014, sama ada kita sedar atau tidak, banyak kejayaan yang kita gapai. Cuma barangkali kejayaan itu dihargai, diberi pengiktirafan atau tidak bergantung kepada persepsi yang berbeza. Apapun, anggaplah semua itu sebagai lumrah kehidupan. Mari kita harungi tugas dan kehidupan yang singkat ini dengan penuh ikhlas dan gembira. Tahniah kepada rakan-rakan yang dinaikkan pangkat, menerima APC mahu pun berhijrah ke tempat kerja yang lebih selesa. Sekalung tahniah juga kepada rakan-rakan yang ke jinjang pelamin, juga memperoleh cahaya mata.


Bagi tahun baru 2015, mari kita memperbaharui azam, mempererat silaturahim, memperkukuh iltizam dan melihat ke hadapan yang lebih menjanjikan. Hope to see a positive and inspiring 2015 ahead. We must live in the best way - adjust, forget, forgive and offer the best of what we have.


Sekadar makluman, untuk penyediaan SKT PKG 2015, kita hanya menunggu 'endorsement' dari pihak BTP. SKT PKG 2015 telahpun disiapkan serta dimurnikan oleh Tuan Presiden Pemuafakatan KPP BTPN serta AJK beliau di Sabah pada awal Disember 2014 yang lalu. Bagaimanapun, sebagai persediaan awal, saya dan beberapa rakan sudah menyediakan 'back-up' termasuk lampiran-lampiran tambahan sekiranya ia dapat membantu tugasan kita di PKG. Insya Allah, Januari 2015 nanti makluman terakhir akan menyusul.


Akhir kalam, maaf dipinta andai terkhilaf bahasa. Selamat Tahun Baru.

Wassalam.  Terima kasih.



Salamt Hormat Dari Saya,


                
Shuhaimi

MOHD SHUHAIMI B HJ ZUBIR, PMP,PPT.
PTP1 PKG Talang,

Ketua PKG Perak.

Presiden PKG Malaysia.