Thursday 12 January 2017

PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN


1.    Mengambil tindakan terhadap aduan berkaitan peralatan TMK KPM di 

       sekolah dalam tempoh dua (2) hari bekerja.

2.    Membantu sekolah untuk mencapai tahap minimum tiga bintang  

       berdasarkan Smart School Qualification Standard dalam tempoh setahun.

3.    Menyediakan khidmat kepakaran dalam penghasilan bahan sumber 

       pengajaran dan pembelajaran.

4.    Khidmat nasihat berkaitan dengan penggunaan teknologi pendidikan,  

       teknologi maklumat dan komunikasi serta Pusat Sumber Sekolah.

5.    Memastikan siaran eduWeb TV dapat diakses dalam P&P secara online 

       dan offline pada bila-bila masa.


Falsafah


Bahawa penggunaan pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk yang bermutu dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitikberatkan penambahbaikan yang berterusan.

VISI DAN MISI

VISI
MENERAJUI TRANSFORMASI GENERASI BESTARI MELALUI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
MISI
PEMBANGUNAN KAPASITI DAN PENINGKATAN KUALITI PENGURUSAN INTRUKSIONAL MENERUSI PEMBUDAYAAN INOVASI TEKNOLOGI PENDIDIKAN