Tuesday 11 April 2017




SEKITAR PENYERAHAN NETBOOK 1 MALAYSIA FASA 3 KEPADA PIHAK SEKOLAH DAN PKG TG MALIM.







Thursday 12 January 2017

PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN


1.    Mengambil tindakan terhadap aduan berkaitan peralatan TMK KPM di 

       sekolah dalam tempoh dua (2) hari bekerja.

2.    Membantu sekolah untuk mencapai tahap minimum tiga bintang  

       berdasarkan Smart School Qualification Standard dalam tempoh setahun.

3.    Menyediakan khidmat kepakaran dalam penghasilan bahan sumber 

       pengajaran dan pembelajaran.

4.    Khidmat nasihat berkaitan dengan penggunaan teknologi pendidikan,  

       teknologi maklumat dan komunikasi serta Pusat Sumber Sekolah.

5.    Memastikan siaran eduWeb TV dapat diakses dalam P&P secara online 

       dan offline pada bila-bila masa.


Falsafah


Bahawa penggunaan pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Dasar Kualiti

Kami adalah komited kepada pengeluaran produk yang bermutu dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitikberatkan penambahbaikan yang berterusan.

VISI DAN MISI

VISI
MENERAJUI TRANSFORMASI GENERASI BESTARI MELALUI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
MISI
PEMBANGUNAN KAPASITI DAN PENINGKATAN KUALITI PENGURUSAN INTRUKSIONAL MENERUSI PEMBUDAYAAN INOVASI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Wednesday 17 June 2015

Peraturan PSS PKG Temoh



1.                  Pusat Sumber Rujukan dibuka pada waktu pejabat.
2.                  Sila catatkan kehadiran anda pada buku kedatangan yang disediakan.
3.                  Di larang makan dan minum di dalam bilik ini.
4.                  Sila susun kembali bahan dan peralatan yang telah digunakan di tempat asalnya.
5.                  Dilarang membawa keluar peralatan dari bilik ini.
6.                  Maklumkan kepada Ketua PKG sebelum membuat pinjaman bahan.
7.                  Setiap individu hanya dibenarkan meminjam 3 buah buku dan CDRI pada satu-satu masa.
8.                  Sila catatkan bahan yang dipinjam dalam Buku Rekod Pinjaman yang disediakan.
9.                  Tempoh maksimum pinjaman sesuatu bahan ialah dua minggu. Bagi peminjam seterusnya, pastikan bahan yang dipinjam sebelumnya sudah dipulangkan.
10.              Pinjaman dan pemulangan mestilah dibuat pada waktu pejabat sahaja.
11.              Setiap peminjam mestilah menjaga dan bertanggungjawab terhadap bahan yang dipinjam.
12.              Jika bahan yang dipinjam hilang atau rosak, peminjam perlu membayar harga asal bahan berkenaan.
13.              Sewaktu pemulangan bahan, sila tandatangan pada ruang pengesahan pemulangan dalam Buku Rekod Pinjaman.
14.              Keutamaan peminjam diberikan kepada guru-guru daripada kelompok PKG Temoh.